top of page

MINI DOCUMENTARIES.

Videography

Our mini documentaries are the perfect way to tell your story. We use a combination of photography and videography to capture the heart of your story in a way that is both visually stunning and emotionally compelling. Our team of experienced filmmakers will work with you to create a unique and memorable mini-documentary that will stand the test of time.

Kedaulatan Makanan & Makanan Tradisi
15:13

Kedaulatan Makanan & Makanan Tradisi

Video ini mendokumentasikan tentang initiatif Koperasi Buah- buahan Dusun Kalong membangunkan perkebunan lestari di Ulu Cheka dan juga initiatif warga kampung membangunkan sektor pertanian & penjanaan ekonomi desa. Temubual bersama Tok Empat Ulu Cheka, Ahmad Shah Bin Jamlus yang juga selaku Pengerusi Koperasi Buah-buahan Dusun Kalong akan membincangkan sejarah initiatif tanaman berkelompok dan berkembangannya hingga ke contoh produk-produk tawaran. Durian Kampung adalah salah satu produk Premium Ulu cheka, yang mana video ini akan mengkongsikan cerita disebalik dua masakan khas Ulu Cheka iaitu Gulai Masam Tulang & Lempeng Bunga Durian Oleh Mak Itam Tinah. Selain durian, kekayaan alam di kampung Ulu Cheka memberikan kita kesempatan untuk belajar tentang buah kepayang salah satu buah hutan yang mempunyai cara khas dalam pengolahhannya. Buah Kepayang atau Buah Keluak antara salah satu makanan tradisi yang ramai generasi sekarang tidak mengenalinya. Video dokumentasi ini bertujuan untuk memberi pengenalan, merekod dan mendokumentasi proses penghasilan cemang kepayang. Buah kepayang ini adalah sejenis pokok hutan yang beracun kepada manusia jika tidak melalui proses yang betul. Ini kerana buah kepayang ini mengandungi “hydrogen cyanide “ yang boleh membawa maut jika dimakan terus . Puan Siti atau lebih dikenali sebagai Kak Zu, akan menceritakan proses mengolahan buah kepayang dan berbagi pengalamannya sebagai peniaga kampung. Bersama-saama kita saksikan untuk mempelajari kearifan tempatan ini. ______ Kedaulatan Makanan & Makanan Tradisi Projek Oleh : Koperasi Buah-Buahan Dusun Kalong Ulu Cheka Berhad Tajaan: Kementerian Pelancongan, Seni Dan Kebudayaan Geran Sepadan Sektor Kebudayaan (GSSK) MOTAC Dengan Sokongan: Pejabat Penghulu Mukim Hulu Cheka Galeri Warisan Pawang Nong Nara Sumber Ahmad Shah Bin Jamlus Hjh.Sutinah Bt Daud Hj. Ishak b. Bidin Siti Noor Bt Idih Lokasi Penggambaran Homestay Mak Itam Tinah Kredit Video Pengurus Projek: Perusahaan Hati Bumi Video oleh: Lensa Layar Production Pengarah Video Dokumentari Pendek: Ili Farhana Norhayat Pengurus Produksi: Ashaari Rahmat Tim Produksi Penulis Skrip: Ili Farhana Norhayat Video: Akmal Salleh Video & Penyunting Video: Megat Irwan Pembantu Produksi: Kadir Chan Engku Nur Iman Fotografi: Azreen Madzlan
Ketahui Adat Perkahwinan Lama | Adat Menggantung "Ketertiban Yang Hilang"
09:25

Ketahui Adat Perkahwinan Lama | Adat Menggantung "Ketertiban Yang Hilang"

"Kerja merekod, menyimpan maklumat ni perlu. Kalau kita tak de yang membuatnya, sesuatu adat itu akan dilupa begitu saja... dokumentasi penting bagi menggambarkan inilah adat orang melayu yang berbagai-bagai dari dahulu." - Nazri Bin Che Husin ( Pengerusi Galeri Warisan Pawang Nong, Ulu Cheka & Mantan Tok Empat Ulu Cheka) Salah satu objektif utama program Inderacheka adalah untuk pemeliharaan kearifan tempatan dengan mendokumentasi semula tatacara adat, tokoh lokal, peristiwa bersejarah tempatan, pertanian lestari, bagi tujuan pengarkiban di Hulu Cheka. Salah satu adat perkahwinan lama yang tidak lagi diamalkan sekarang ini adalah Adat Menggantung. Rakaman video ini semata-mata bagi tujuan pengarkiban, rujukan kepada ketertiban dan kearifan yang telah hilang ditelan zaman. Adat Menggantung adalah sebuah adat perkahwinan lama yang melibatkan Pawang. Pada waktu dulu, menggantung adalah sebuah adat yang harus dibuat; dimana pawang bersama dengan Gending (pembantu pawang) akan mengasap kemenyan dari kain yang akan digunakan sebagai lelangit, hingga setiap peralatan yang akan digunakan dalam majlis perkahwinan. Setelah mengasap, keluarga pengantin akan mula aktiviti rewang dengan memotong dan memasak makanan jamuan, dan dihidangkan ke pawang terlebih dahulu sebelum ke tamu. Untuk pengetahuan penonton, simulasi yang dirakam hanyalah lakonan semata-mata bagi tujuan pembikinan video dokumentari ini. _________________________ Projek Oleh : Koperasi Buah-Buahan Dusun Kalong Ulu Cheka Berhad Tajaan: Kementerian Pelancongan, Seni Dan Kebudayaan Geran Sepadan Sektor Kebudayaan (GSSK) MOTAC Dengan Sokongan: Pejabat Penghulu Mukim Hulu Cheka Galeri Warisan Pawang Nong Nara Sumber En. Nazri Bin Che Husin Pelakon /Watak Abdul Razak Bin Arif - Pawang En. Saedon Mehaoud - Gending Ramlah Bt Hamdan - Pengantin Muhammad Aiman Syakir Hafizuddin Bin Husin Muhammad Iddafi Pelakon Tambahan Khairul Akhma Ahmad Shah Bin Jamlus Husin Bin Akob Shaiful Bin Alias Kredit Video Pengurus Projek: Perusahaan Hati Bumi Video oleh: Lensa Layar Production Pengarah Video Dokumentari Pendek: Ili Farhana Norhayat Pengurus Produksi: Ashaari Rahmat Tim Produksi Penulis Skrip: Ili Farhana Norhayat Video: Akmal Salleh Video & Penyunting Video: Megat Irwan Pembantu Produksi: Kadir Chan Engku Nur Iman Fotografi: Azreen Madzlan
Warisan Alam Semula Jadi di Mukim Hulu Cheka #pahang  | Temubual bersama wakil  Ahli-Ahli PAMUC
15:58

Warisan Alam Semula Jadi di Mukim Hulu Cheka #pahang | Temubual bersama wakil Ahli-Ahli PAMUC

Dilimpahi khazanah alam di Lembah Benom Mukim Hulu Cheka yg berlatarbelakang Banjaran Benom & Banjaran Tungku, membentuk jalinan air terjun & lata yg pernah disebut sebagai Lost Niagara, mengairi kebun durian organik premium & bunga rafflesia yang tumbuh melata, di sini PAMUC bermula. PAMUC ( Persatuan Pemandu Pelancong Mukim Hulu Cheka) didaftarkan pada tahun 2019 Dianggotai oleh 9 org pemandu arah green badge (MOTAC), 7 org pemandu arah in-house (PERHILITAN Rizab Krau), dan 14 ahli bersekutu. PAMUC menjadi pemacu & pendukung utama eko pelancongan & konservasi alam di Lembah Benom Mukim Hulu Cheka. PAMUC menyediakan peluang kepada anak² mukim yg komited menjadikan kerjaya pemandu arah semulajadi berlesen sebagai pilihan pertama. Juga peluang kepada ahli² persatuan mendekati dan menjayakan usaha konservasi alam semulajadi. PAMUC menyediakan perkhidmatan bagi aktiviti jejak alam ke Rizab Hidupan Liar Krau (rizab mergastua tertua di Malaysia), Lata Bujang, Lata Berembun & Sungai Rengat. Perkhidmatan aktiviti pendakian menawan Gunung #benom (puncak ke-2 tertinggi di #Pahang, Gunung Jubar juga day trip hike ke Bukit Bongkok & Gunung Tungku. Terdapat 2 aktiviti jejak alam unik & "distinguished" iatu menjejak #rafflesia & memburung. Dianugerahkan spesis Cantleyi yang langka namun tumbuh melata di Lembah Benom, aktiviti menjejak rafflesia ini senantiasa ditunggu-tunggu oleh pengunjung luar. Manakala aktiviti memburung di Lembah Benom yg juga disebut sebagai Lembah Enggang giat diangkat sebagai "premium , low impact & eco friendly tourism activity," PAMUC turut menyediakan aktiviti jejak warisan sejajar dengan kekayaan warisan & kearifan tempatan di Mukim Hulu Cheka. Antaranya lawatan ke Galeri Warisan Pawang Nong dan Bangsal Perguruan Silat Warisan Pahang di Kg Ulu Cheka. KREDIT Projek Oleh : Koperasi Buah-Buahan Dusun Kalong Ulu Cheka Berhad Tajaan: Kementerian Pelancongan, Seni Dan Kebudayaan Geran Sepadan Sektor Kebudayaan (GSSK) MOTAC Dengan Sokongan: Pejabat Penghulu Mukim Hulu Cheka Galeri Warisan Pawang Nong Sekalung Budi PERHILITAN Rizab Hidupan Liar Krau Persatuan Pemandu Pelancong Mukim Hulu Cheka Nara Sumber Shaiful Bin Alias Ramlah Bt Hamdan Mohamad Syafiq Bin Sharipudin Mohamad Shaiful Bin Sharipudin Kredit Video Pengurus Projek: Perusahaan Hati Bumi Video oleh: Lensa Layar Production Pengarah Video Dokumentari Pendek: Ili Farhana Norhayat Pengurus Produksi: Ashaari Rahmat Tim Produksi Penulis Skrip: Ili Farhana Norhayat Video: Akmal Salleh Video & Penyunting Video: Megat Irwan Pembantu Produksi: Kadir Chan Engku Nur Iman Fotografi: Azreen Madzlan Terima Kasih & Sekalung Budi Kepada; Lang Buana Eco Park Rahmat Haron Persatuan Homestay Mukim Hulu Cheka Balai Polis Batu Balai

Let's Talk, contact us now.

bottom of page